google language translate

flashVortex

Search This Blog

Tuesday, September 27, 2011

PilihanRayaUmum ke-13...???














-Firman Allah yg bermaksud " Dan jika kamu menuruti kebanyakan ( majoriti) org2 yg di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta(terhadap Allah)". Surah al-An'am 6:116)

-Sebenarnya konsep "AKTHARIYYAH" atau MAJORITI didalam Al-Qur'an adalah berbeza dengan majoriti yang di fahami oleh Umum.



5 perkara yang bakal berlaku jika BN kalah dalam pilihanraya

Angin perubahan yang melanda seluruh negara dan rakyat Malaysia mungkin akan menyaksikan perubahan politik pada skala yang tidak dapt dibayangkan sejak tsunami politik 2008 melanada.Tidak sampai 48 jam selepas Barisan Nasional (BN) telah dikalahkan dalam pengundian 8 Mac, ada desas-desus mengenai "belajar dari kesilapan" dan keperluan bagi gabungan itu "untuk memperbaiki" prestasi hambar.

Mantan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga telah berikrar bahawa BN akan "belajar dari kesilapan" dan "memperbaiki diri" selepas kejatuhan empat negeri kepada Pakatan Rakyat dan membuat kemunculan semula dalam politik yang menakjubkan setelah tewas semasa pilihanraya. Kata-kata Abdullah terbukti telah dibuat dengan tergesa-gesa dan setelah beberapa tahun, ia terbukti palsu sekali lagi.












Telus kah tidak???

Sekali lagi keadaan politik nampaknya memihak kepada Pakatan Rakyat akibat kekecewaan dan rasa tidak puas hati rakyat dengan dasar-dasar yang tidak berubah seiring dengan aspirasi mereka. Semua tanda-tanda kini menunjukkan sejarah akan berulang, dan mungkin lebih hebat lagi. BN nampaknya seperti bakal diusir keluar dari Putrajaya sedikit masa lagi. Oleh itu, apa akan berlaku jika buat pertama kalinya dalam sejarah negara ini, BN tewas pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan menjelang 2013?

Kehilangan mandat terakhir

Media Pengerak BN...

Penganalisis politik bimbang BN tidak akan melepaskan kuasa dengan mudah, menurut seorang ahli politik veteran, " terlalu banyak kerugian bagi mereka" jadi, mereka akan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal menerajui negara. Seorang ahli sains politik mengandaikan bahawa mungkin mereka akan meluaskan pemerintahan darurat, menggantung kebebasan awam dan bertindak keras ke atas media seperti Ops Lalang 2. Sudah ada kebimbangan di dalam Pakatan Rakyat bahawa BN boleh melakukan apa saja supaya kekal di Putrajaya walaupun melalui cara yang busuk dan dengan kekerasan jika ia kalah pilihan raya umum akan datang, walaupun beberapa ahli politik BN telah menolak andaian-andaian sebegini sebagai tidak berasas.












Najib Bermasalah???

Ini tetap berlaku walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dua undang-undang Darurat pada hujung minggu lepas. Dia telah menegaskan undang-undang baru akan diguna pakai bagi menggantikan yang lama. Ada beberapa orang didalam parti yang mula meragui undang-undang ini , khuatir ia tidak boleh melindungi kepentingan Umno di dalam negara. Persepsi negatif terhadap Najib dan partinya menunjukkan kurangnya keyakinan orang ramai terhadap mereka dan menyebabkan mereka semakin percaya bahawa BN sememangnya akan kalah pada PRU ke-13 nanti.














Jentera pengerak BN untuk Menang...

Seorang ahli lama Pakatan Rakyat berkata bahawa peralihan kuasa akan menyebabkan perpecahan didalam parti. Masyarakat sedang memerhatikan proses pilihanraya dan jika ada yang menang atau kalah, sudah semestinya menjadi perdebatan yang hangat. Katanya lagi, Negara mungkin bakal menyaksikan kuasa rakyat yang bakal menegakkan semula mandat demokrasi dengan memberikan peluang memerintah bagi mereka yang lebih layak. Namun, ini hanya akan berlaku jika rakyat berani dan diberi peluang untuk memastikan demokrasi terus bernafas. Jika rakyat sedar setelah sekian lamanya BN telah mencengkam kuasa untuk kepentingan politik dan tekanan akibat cengkaman ini kepada rakyat.

Seorang penyelidik politik menggambarkan jika dalam pilihan raya umum akan datang, beberapa buah negeri akan dimenangi dengan majoriti tipis maka, perpecahan kuasa akan berlaku. Tambah beliau, mungkin akan berulang semula kontroversi politik di Perak dengan adanya ahli ,melompat parti. Ada di kalangan ahli-ahli politik yang tidak sabar-sabar untuk melompat parti semata-mata untuk wang, kedudukan dan kuasa. "Apa yang rakyat telah saksikan di Perak adalah Pakatan yang telah digugurkan hak sah mereka untuk memerintah dan ini mungkin boleh berlaku lagi di negeri lain. Kejadian itu mungkin akan disaksikan semula jika benar keadaan sudah semakin terdesak.

Rakyat bakal menyaksikan satu pusingan baru "politik wang" dengan ahli-ahli politik, termasuk Bebas, melompat parti utuk membolehkan mereka berkuasa di negeri-negeri di mana majoriti adalah tipis. "Mereka akan membawa wang tunai dan membeli kerusi untuk mendapatkan majoriti. Mereka tidak akan merasa bersalah selagi boleh mendapatkan sesuatu yang didambakan, orang akan melihat katak (mereka yang melompat parti) di mana-mana," tambahnya.

Pembangkang yang berdendam
















Mat Sabu Bersih 2.0

Satu lagi senario yang mungkin berlaku adalah Umno dan komponen BN akan menjadi pembangkang yang degil dan penuh hasad dengki karena terpaksa merawat luka sendiri dan menunggu kesempatan untuk merebut kuasa jika tidak melalui saluran sah, mungkin dari pintu belakang. Ini akan bakal menuntut mereka di dalam Umno dan BN untuk memberi laluan kepada muka-muka baru demi membawa perubahan pada parti.

Seperti yang dinyatakan oleh veteran BN: "Akan ada permintaan untuk transformasi lengkap bukan sahaja dalam hirarki Umno tetapi untuk semua komponen lain BN. Rombakan memang tidak dapat dielakkan dan akar umbi parti akan menuntut jawapan dan ingin melihat beberapa muka lama termasuk beberapa orang muda untuk memberi laluan. "

Seorang pemerhati politik, bagaimanapun, berkata senario BN dalam mod pembangkang tidak akan sealiran dengan parti-parti komponen BN yang lain dan mungkin akan menyebabkan keretakan dalam parti atau memisahkan puak yang bersemangat untuk membentuk entiti baru politik ataupun akan bersekutu dengan musuh-musuh Pakatan yang lama".

Dia menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin MCA yang mempunyai hubungan tegang dengan Umno dan sentiasa berada di bawah tekanan dari dalam parti untuk membawa haluan sendiri dan akan terperangkap dalam dilema peranan yang sebenar pada realiti politik selesai PRU ke-13 nanti. Bagaimanapun, Naib Presiden PKR dan bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng, yang pernah merasa berada di dua belah pihak berkata, berada di kem pembangkang tidaklah sesuram dan menyedihkan seperti yang difikir pemimpin BN. Ini sebenarnya adalah jawapan bagi BN jika ia perlu untuk memulakan pembaharuan yang amat diperlukan dalam parti-parti mereka dan kembali segar semula seperti parti Kuomintang (KMT) di Taiwan.

"Mereka boleh muhasabah diri, menghapuskan politik perkauman, memulakan pembaharuan politik yang amat diperlukan dalam parti-parti mereka sendiri dan cuba memujuk ahli-ahli mereka untuk tidak meninggalkan parti," Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Di Taiwan, ini telah berlaku kepada KMT. Parti Demokratik Progresif, Chen Shui Bian berkuasa selepas KMT memerintah Taiwan selama lebih 5 dekad. Tetapi Chen telah mula mengamalkan rasuah dan selepas dua pilihanraya, beliau telah disingkirkan dan KMT kini kembali berkuasa. Ini juga hanya selepas KMT kembali meyakinkan rakyat dengan mengakui kesilapan mereka dan iklas dalam mengambil tindakan itu.”

Mencari orang yang bersalah















Umno dan BN tidak akan menjadi gabungan yang sama selepas PRU ke-13 kerana terdapat tekanan ke atas pihak berkenaan untuk perubahan yang radikal.Sebagai contoh, MCA akan menimbang semula peranan dan hubungan dengan Umno dan parti komponen yang lain kerana pihak-pihak yang ‘post mortem’ untuk mencari jawapan di manakah punca kegagalan mereka. Seorang ahli parti MCA berkata, perubahan mungkin juga menjadi satu rahmat yang terselindung kerana ia akan membolehkan parti itu untuk menilai semula dirinya dan memaksa mereka untuk melakukan perubahan yang amat diperlukan.

"Akan ada keretakan yang besar dalam hubungan antara parti-parti akibat saling tuduh-menuduh. Selepas semuanya selesai, kita boleh nampak entiti yang baru dan mungkin juga beberapa pihak akan membentuk parti baru," kata orang dalam itu.

"Saya rasa MCA akan memutuskan untuk pergi berikutan tsunami politik itu. Dan apa yang lebih buruk bagi Umno adalah ia boleh menarik parti-parti komponen BN yang lain juga. Sudah tentu, scenario yang paling teruk akan akan dialami oleh BN. "

Rekahan yang mendalam boleh memaksa gabungan untuk membina semula dirinya dalam satu bentuk entiti tunggal yang bersatu padu sepertimana hasrat yang diwar-warkannya. Mungkin ada sesetengah parti nyamuk yang terbentuk daripada perpecahan pihak-pihak yang lebih besar dalam BN, semua yang akan menjadi tamparan hebat kepada aspirasi rakyat untuk menamatkan politik perkauman.

Seorang lagi veteran MCA bagaimanapun merasakan bahawa MCA mungkin paling beruntung daripada status quo politik yang baru ini. "Ia mempunyai sumber-sumber dan cara untuk bangkit memenangi hati masyarakat dengan cara yang betul, ia juga boleh menambat hati kaum-kaum lain semasa proses peralihan. Jika ia berjaya melalui fasa ‘makeover’, ia mungkin akan menjadi cabaran sebenar dalam pemilihan akan datang. "

Jadi apa pula dengan Umno? Di mana letaknya UMNO selepas politik baru PRU ke-13? Seorang ahli veteran DAP berkata, Umno akan kalah besar selepas PRU ke-13. "Mereka telah diberi peluang dalam pilihan raya umum ke-12 tetapi gagal untuk memahami kehendak rakyat. Hubungan mereka dengan kronisme, rasuah dan politik wang telah terbukti menjadi kehancuran bagi mereka dan persepsi ini akan sukar untuk dipadam."

Malah, mungkin lebih teruk daripada parti BN yang lain, tuduh-menuduh dan salah- menyalahkan akan lebih galak didalam UMNO dan kepimpinan tertinggi. Keengganan mereka untuk menjauhkan diri dari politik perkauman dan kumpulan-kumpulan seperti Perkasa telah memakan diri sendiri. melainkan jika terdapat perubahan secara menyeluruh, Umno akan menghadapi keadaan yang sukar.

Pakatan baru











Kemenangan Pakatan Rakyat pada pemilihan yang akan datang mungkin memaksa Umno dan BN untuk menilai semula hubungan mereka serta strategi untuk membentuk perikatan baru. Ini tidak semestinya berkesan bagi parti komponen BN yang lain. Sepertimana pendapat seorang veteran PAS, Umno mungkin berada di bawah tekanan untuk kembali solo dan membuang saja idea membentuk pakatan dengan parti-parti komponen BN yang lain.

"Mereka boleh cuba untuk merayu kepada akar umbi dan berharap dalam proses untuk menyembunyikan keretakan dalam parti. Malah, mereka boleh, menarik Perkasa untuk menyertai mereka tanpa menghiraukan MCA, MIC dan pihak lain. Terdapat satu puak dalam Umno yang tidak sabar-sabar untuk melihat Umno berjuang semata-mata untuk hak-hak orang Melayu dan ingin melihat hubungan dengan Perkasa diperkukuhkan, "kata veteran PAS itu lagi.

Pemerhati politik berkata, senario itu akan membolehkan MCA mencari jalan keluar dari BN tetapi dengan kesan sampingan. Seperti yang dinyatakan oleh seorang bekas pemimpin MCA: "Ia adalah senario terburuk bagi MCA. Mereka keluar dari gabungan itu dalam keadaan marah dan terus terang saya katakan, tidak akan ada pemimpin-pemimpin MCA yang mahu rujuk kembali."

Tidak hairanlah, langkah MCA untuk keluar dari BN akan mendorong parti komponen lain untuk sekurang-kurangnya menimbangkan langkah yang sama dan mungkin juga akan memberi isyarat bermulanya pengakhiran buat BN sebagai gabungan yang seimbang. Ada pihak lain yang merasakan kegagalan politik bagi Umno pada PRU ke-13 akan menyaksikan percubaan mereka untuk membangkitkan semula hubungan dengan PAS dengan adanya desakan demi survival politik.

"Pemimpin Umno akan mengemis dihadapan PAS apabila PAS sudah berkuasa. Pemimpin Umno tidak banyak pilihan selain cuba untuk mencari jalan jika parti itu masih mahu wujud pada pilihan raya akan datang," kata pemerhati Umno.

Kerajaan perpaduan












Pas sudah bersedia kah???

Pemerhati tidak menolak kemungkinan Umno dan BN akan tergesa-gesa untuk mengekalkan kuasa dengan cuba membuat beberapa perkongsian kuasa sebagai salah satu jalan.

Ini adalah salah satu senario yang telah dicuba pada masa lalu dengan Umno berusha untuk mengadakan hubungan baik dengan Pas. Walaupun pemimpin Umno tidak bersetuju untuk bergabung bersama PKR, namun akibat tsunami politik dan kesan buruknya, musuh politik yang paling keras kepala pun akan mula berkompromi.

"Kerajaan perpaduan boleh dilaksanakan jika BN dan Pakatan mendapati diri mereka terpaksa berkongsi kuasa. Tetapi memandangkan permusuhan yang mendalam dan rasa tidak percaya diantara satu sama lain, jalan terbaik bagi mereka adalah cuba untuk berdamai dan bersikap praktikal," kata orang dalam parti BN.

Malah pemimpin-pemimpin Umno,sudah mula sedar ramai ahli parti itu semakin menjauhkan diri mereka. Akibatnya, mereka telah merayu pemimpin-pemimpin PAS untuk bekerjasama. Walau bagaimanapun, pertikaian atas perkongsian royalti minyak di Terengganu akan menghalang rancangan mereka untuk berjaya.

Walau bagaimanapun, langkah itu akan menimbulkan kebingungan di kalangan MCA, MIC dan parti-parti komponen BN yang lain kerana bimbang dengan "kompromi" yang dibuat oleh Umno dengan Pas dan juga kebimbangan mengenai isu negara Islam.

Kesimpulan

Penganalisis percaya keadaan UMNO, jika tidak seteruk yang disangkakan,masih agak terlalu sukar untuk menang dengan margin yang selesa dalam pilihan raya akan datang. Memandangkan keadaan politik yang tidak kukuh dan dengan pungutan suara yang menunjukkan populariti Perdana Menteri merosot minggu ini, Umno dan BN menghadapi satu tugas yang sukar untuk memperoleh kemenangan ke atas rakyat atau orang awam.












Umno Sudah Lemah...

Slogan 1Malaysia Najib dan program transformasi nampaknya telah mula malap dengan prospek suram ekonomi global yang menghimpit pelaksanaan segala perancangannya. Kemelut terbaru yang menyatakan 'Tanah Melayu tidak pernah dijajah' telah menbuat rakyat tertanya-tanya sama ada UMNO dan BN berada dalam kekeliruan.

Populariti menyusut Najib ini telah menyebabkan kebimbangan dan pemimpin-pemimpin BN mula takut akan tsunami seterusnya. Dengan pilihan raya yang bakal diadakan, tidak mustahil untuk majoriti senyap membuat sesuatu yang mengejutkan dengan memberi undi mereka kepada Pakatan.

Rakyat Malaysia yang tawar hati mungkin tahu bahawa BN dan Umno khususnya, tidak akan berubah dan satu-satunya cara untuk memaksa perubahan itu adalah melalui peti undi. Bagi rakyat Malaysia, angin perubahan yang melanda tanah air membawa perubahan politik baru, bakal menyemarakkan demokrasi dan keadilan sosial yang mereka telah lama diimpi-impikan.













Malaysia Chronicle


Undilah Boleh kot???
video

Solawat!!!

Tuesday, September 13, 2011

Sejarah - Malaysia tanahairku...???


Sejarah...

Ujudnya Malaysia sudah di rancang
















Kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON -(NED)!


















Kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar America (USA) Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. America (USA) panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..

















Di fitnah bangsa sendiri sehinga keluar umno

Mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ketika bermula dan tak hairanlah kenapa FILIPINA pada suatu ketika dahulu pernah nak menuntut nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dahulu nama MALAYSIA.

Rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialahkertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University

Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“


Mungkin Dato Onn Jaafar dah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu?

rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

Penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas













Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

Sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir

"Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692

Mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

Mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu ( Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

Dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

diantara perkara yang amat menghairankan juga bagaimana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkawan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan)... manakala Najib pula seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON? letak batu asas FREEMASON di Pulau Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan "kemerdekaan" negara Malaysia pada tahun 1957..















LUCIFER show 1World Government sign

































Fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..
They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt


Politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di facebook tulis "what are you thinking" dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet... semuanya adalah perancangan yang amat rapi!

PENIPUAN DAN TINDAKAN MEMBELAKANGI SEJARAH














Apabila Negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah Negara ini merdeka hasil perjuangan UMNO/BN sahaja. Mengapa tokoh tokoh pejuang kemerdekaan Negara yang lain seperti Dr Burhanudin Al-Helmi,Ibrahim Yaakub,Abu bakar Al – Baqir, Ahmad Boestamam tidak disebut seolah olah cuba dipadamkan dari sejarah tanah air moden oleh sejarahwan yang mempunyai kepentingan yang tidak jujur dalam mengkaji, mentafsir semua fakta sejarah.

Rashid Maidin

Jelasnya tokoh tokoh perjuangan yang mempertaruhkan nyawa itu dipadamkan dari sejarah Negara sebaliknya tokoh tokoh UMNO/BN saja yang diagungkan , pada hal UMNO/BN hanya wujud kerana menentang Malayan Union pada 11 Mac 1946 dan slogannya “ Hidup Melayu “ dan laungan “ Merdeka “ hanya digunakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 april 1953 !.. Sedangkan parti parti seperti KMM.,API , PKM dan lain lain core business mereka ialah “ Merdeka “ dan itulah slogan perjuangan mereka setelah disemaikan semangat “ Asia untuk orang Asia “ oleh Jepun dimana mereka berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir bukan jadi sebagai askar atau polis upahan British yang terdiri berbagai bagai bangsa di Malaya waktu itu seperti seperti bangsa Fiji,gurkhas dan lain lain bangsa yang nak kan sesuap nasi…..
“ ..slogan “ Merdeka “ inilah yang membuatkan Britih gusar maka British mengistiharkan parti parti tersebut “ haram “ dan ahli ahlinya ditangkap ataupun dibunuh kerana mereka dianggap sebagai “ penderhaaka” kerana menentang dasarnya dan manakala UMNO/BN adalah parti “ anak emas “ bagi British yang akan menjaga kepentingan British apabila Malaya di merdekakan.













Sebab itu laungan “ merdeka “ berani dilahirkan oleh UMNO/BN setelah ada MoU dengan British.
Sedangkan parti parti dan golongan yang enggan berkompromi dengan British sudah lama menyuarakan hasrat kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan melayu Malaya ( 1945 ) dan Hiosbul Muslimin ( 1948 ) dan lain lain yang menentang British , dimana British meng”haramkan” parti parti itu serta mengecopkan sebagai “ penderhaka “ oleh BRITISH bukan DYMM Raja Raja Melayu dan Orang melayu sendiri… …sebagaimana British mengecop pejuang pejuang melayu seperti Mat Kilau, Tok janggut Tok Ku Paloh ,Haji Abdur Rahman Limbong, Datuk Bahaman …Apakah kita tidak ada “ maruah “ atau “ Jati diri “ sejarah tanah air kita yang sebenar telah diputarbelitkan oleh sejarahwan British dan “ Baruah” nya yang mempunyai kepentingan ???
Perlu satu anjakan paradigma dikalangan anak anak merdeka tentang penulisan sejarah tanah air bagi maklumat yang jelas bagi generasi akan datang melalui bahan dan bukti yang nyata yang masih terpampang di muzium luar Negara terutama di Negara negara penjajah tanah air bukan saja dari kajian dan tafsiran professor yang matlamatnya hanya gelaran “ PhD” nya.

Sejarah Yang Diseleweng

Nampaknya semakin ramai profesor kat Malaysia nih dah jadi profesor kangkung kerana ingin menjadi pengampu Umno/BN dan tanpa merasa malu, mereka sanggup merubah fakta sebenar mengenai erti sebenar penjajahan, naungi dan dilindungi. hairan juga kenapa Tunku Abdul Rahman menyebut 'Merdeka' kerana yang menyebut perkataan 'Merdeka' ini hanyalah untuk negara yang dijajah dan bukannya untuk negara yang dilindungi atau pun dinaungi.




















Profesor pun memperbodohkan rakyat Malaysia tentang sejarah dan kerana itulah kerajaan ingin mengkaji semula buku sejarah Malaysia. Dan mesti ingat kajian yang hendak dilakukan oleh kerajaan Umno/BN bukan bermaksud memperbetulkan apa yang ada sekarang ini tetapi adalah untuk pemperbodohkan lebih banyak lagi pemikiran rakyat Malaysia. Yang pasti, mereka akan lenyapkan terus pejuang-pejuang sebenar dengan menampilkan kehebatan para pemimpin Umno/BN yang semakin celaka.

Satu sumber tentang sejarah Malaya mengikut pandangan empayar British yang menyatakan bahawa Malaya adalah tanah jajahan mereka yang paling kaya. Mengikut sumber tersebut lagi, selepas empayar British terlibat dalam peperangan yang disertai oleh mereka, empayar British hampir muflis tetapi ianya di selamatkan oleh sebuah tanah jajahan mereka yang kaya dengan bijih besi dan getah dan tanah jajahan yang dimaksudkan oleh mereka ialah Tanah Melayu.

Hairan juga dengan para profesor-profesor kangkung ini yang bukan main hebat lagi mengeluarkan kenyataan bodoh semata-mata untuk menjadi pencacai Umno/BN yang semakin hari semakin celaka. Mungkin kita lagi hebat dari profesor-profesor kangkung ini dalam memahami erti dijajah dengan dilindungi. Sebelum tercetusnya peperangan dunia ke 1 dan 2, kenapa negeri-negeri yang berada di Tanah Melayu perlukan pelindungan British. Mereka pasti akan kata ancaman daripada Siam dan gerenti ini alasan mereka untuk mempertahankan hujah mereka.

Chin Peng Dan Bintang Tiga

Kalau setakat untuk dilindungi dari Siam, rasanya lebih baik Kelantan, Kedah, Terengganu bagi ufti setahun sekali kat Siam, ini baru dipanggil 'Dilindungi'. Bukan macam British, dah semua hasil kekayaan yang berada dalam negara yang 'Dilindungi' dibawa balik ke negara mereka, malah cukai kepala, cukai kelapa yang segalanya berbagai cukai dikenakan ke atas orang-orang Melayu.

Maka istilahkan yang kita sekarang ini pun masih lagi dijajah oleh anak emas British (umno/BN) yang mengenakan bermacam-macam cukai dan yang terbaru ialah cukai prepaid 6%, cukai kereta terpakai 12-30 %. Jangan berlagak nak laungkan 'Merdeka' kerana sebenarnya belum merdeka pun. Nak tanya sikit kat para pencacai penjajah umno/BN yang celaka, sebelum bapak umno celaka berambus, kita pakai mata wang apa??? Ringgit ker, RM ker atau pun mata wang British sebab ada yang masih simpan duit empat segi 1/2 cent Malaya yang tertera gambar dan perkataan Emperor King George VI. Apa pun, RM (Rosmah Mansor) tetap dihati kita semua.


Lihatlah betapa senang dan bahagianya pelapis penjajah umno/Bn mengenakan bermacam-macam cukai atas kita rakyat dengan tanpa segan dan silu seronok-seronok membeli cincin belian RM 73juta, Gelang RM 2.4 juta, beg RM 90,000-110,000 satu (mungkin ada rak khas untuk meletakkan beg-beg), kereta anak-anak benilai juta-juta RM dan shooping yang banyak RM-RMnya hasil dari penjajahan mereka keatas juta rakyat negara ini termasukkan 3 juta yang dikatakan menjadi ahli pecacai kepada penjajah umno/BN.

Siapa Barua Dan Siapa Pecacai British

Untuk apa yang kepastian apa yang ditulis ini, sila rujuk kepada PM British sekarang ini. Bukan main marah Brahim katak bila Mat Sabu kata Dato Onn dan Tunku adalah pegawai British dan di sinilah kita boleh lihat bagaimana banggang dan bodohnya para pencacai umno/BN. Kita boleh tengok sekarang ini, umno/BN lebih rakus dan tamak daripada bapak mereka (British). kalau kita nak jadi celaka senang saja, kita masuk saja umno/BN pasti kita akan jadi celaka dulu, kini dan selama-lamanya. Untuk maklumat, di sebalik gerakan yang dinamakan 'Bersihkan Najib'. Gerakan ini sebenarnya sudah lama bergerak dan bukan 3-4 bulan yang lepas seperti yang diperkatakan oleh banyak pihak.

Jepun Telah Memberi Kemerdekaan Kepada Malaya Dan Indonesia Sebelum Mereka Tewas.
Nampaknya kali ini panas isu tentang sejarah sejak Mat Sabu mengangkat Mat Indera sebagai wira. Kerana isu ini, semua penyelewengan Umno/BN akan terbongkar sikit demi sedikit tentang perkara yang berlaku sejak di zaman penjajahan British hingga kini. Para sejarahwan-sejarahwan yang menjadi pencacai Umno/BN terpaksa membuka kembali buku-buku sejarah mereka untuk mempertahankan segala penyelewengan Umno/BN terhadap sejarah. Dan masih ingat kata-kata guru sejarah dulu pada era 70 an yang menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah telah diolah mengikut selera penjajah British.


Ibrahim Yaacop

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Umno/BN dibawah naungan British ini tidak ingin Malaya diberi kemerdekaan dan kerana itulah slogan mereka ialah 'Hidup Melayu'. Para anak didik penjajah British (UMNO/BN) dengan angkuh mengatakan bagaimana Malaya nak merdeka jika jarum sebatang pun tak pandai nak buat. Mereka lebih selesa duduk dibawah ketiak penjajah British kerana pangkat dan kesenangan yang diberikan oleh penjajah British terhadap mereka. Kita boleh lihat dan dengar bagaimana kehidupan ala barat para pemimpin Umno di mana boleh dikatakan setiap rumah para pemimpin mereka mempunyai bar (ruangan untuk minuman keras).

Semasa penjajahan Jepun, Melayu yang bersekongkol dengan Jepun dianggap pengkhianat tetapi tidak bagi yang bersekongkol dengan penjajah British. Kita sendiri boleh fikir, baik penjajah Jepun mahu pun penjajah British, mereka tetap musuh kepada rakyat Tanah Melayu. Kita tanya pemimpin Umno/BN siapa yang bagi senjata kat komunis untuk melawan Jepun, China atau pun British. Kemana perginya para pegawai British semasa Malaya ditakluki Jepun dan apa pula jadi kat Melayu yang jadi barua British. Adakah mereka bersama-sama mengangkat senjata melawan Jepun atau pun menjadi talam dua muka kerana para pemimpin Umno/BN memang terkenal dengan sikap bermuka-muka seperti lalang sejak dahulu lagi. Bila penjajah British memerintah, mereka jadi barua British dan bila Jepun memerintah, mereka juga menjadi barua Jepun.


Sampai sekarang sikap mereka itu sudah menjadi darah daging mereka dan boleh tengok perangai mereka walau pun sudah 54 tahun merdeka. Sekarang mereka masih lagi menjadi barua kepada pendokong kehidupan mewah penjajah yang memperbodohkan rakyat (Rosmah -Perdana Menteri Malaysia) dengan membidik, membodek dan mengibas secukup-cukupnya sampai nak tercabut pergelangan tangan. Merekalah benteng dalam mempertahankan segala tindak tanduk yang dilakukan oleh Rosmah tanpa merasa malu. Kalau dah jenis barua, sampai bila-bila akan jadi barua. Itulah kebodohan yang diwarisi...

Mat Sabu

Semalam, Astro ada wawancara Datuk Azimu, bekas Senator dan veteran Umno Ulu Kinta. Bukan main berlagak lagi beliau mengutuk Mat Sabu dan PAS. Nak tanya juga beliau apa erti sebenar merdeka kerana salah seorang anak jagaannya adalah penagih tegar. Apakah bagi beliau erti kemerdekaan ialah negara sudah bebas dari penjajahan British...!!! Jika itu jawapannya, makin beliau tidak layak bercakap tentang kemerdekaan walau pun beliau seorang veteran Umno. Nak story sikit buat veteran-veteran Umno/BN haprak yang masih jahil tentang sejarah dan isu Mat Sabu.


Muhammad Indera

Dalam isu ini, Mat Sabu dan PAS tidak perlu meminta maaf tetapi Umno/BN dan sekutunya yang perlu meminta maaf terhadap rakyat Malaysia di atas segala tipu helah dan perkhianatan mereka terhadap rakyat. Rakyat telah dibohongi sampai ke akar umbi dengan memaparkan pemimpin mereka sebagai pejuang kemerdekaan dengar angkuh menggelar penentang penjajah British sebagai pengkhianat,Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas sebagai anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.


Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera. sejarah ini telah meracuni pemikiran org org melayu..

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama.


Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.
Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta itu?

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman atau Muhammad Indera dan Abdullah CD??

(pemimpin Umno/BN) faham ker apa yang Mat Sabu katakan...!!!! Beliau bercakap semasa Malaya ketika itu masih dijajah oleh bapak kesayangan umno/BN (British) dan ini bermakna sesiapa sahaja yang menentang penjajah dianggap wira dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan penjajah pula dianggap pengkhianat. Kita boleh baca sejarah mana-mana negara pun, itulah realitinya dan jika (Umno/BN) tak boleh terima maka pergi mampuslah semua. Mat Indera berjuang di Bukit Kepong 7 tahun sebelum Malaya merdeka dan Umno/BN ketika itu adalah barua kepada penjajah British. Jika pertempuran itu berlaku selepas merdeka, jangan kata (Umno/BN dan pencacainya), kita semua pun akan kata Mat Indera sebagai pengkhianat.

Let.Adnan

Bolehkah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa akan perjuangan Let. Adnan semasa era Jepun. Jika beliau berjuang atas dasar agamanya maka selamatlah beliau, bagaimana jika beliau berperang atas nama British...!!!

Walau siapa pun tanpa mengira Melayu ke, Cina ke, Sikh ke atau India ke, kita tetap dianggap sebagai barua penjajah atau lebih tepat ialah pengkhianat terhadap bangsa dan negara kita sendiri. Oleh itu disarankan agar all (Umno/BN) minta Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa adakah kematian polis Melayu yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong mati syahid atau pun tidak agar perkara ini jelas di mata rakyat Malaysia sebagaimana Mufti Perak, SS Harussani memfatwakan kematian jurugambar Bernama yang bertugas di Somalia, Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid fisabilillah. Syahid yang tidak menyamai kematian ibu mengandung atau nelayan yang mati lemas semasa mencari rezeki kerana itu adalah syahid dunia.


Dr Burhanuddin Helmy

Sebelum Jepun kalah dalam perang Dunia ke 2, pihak Jepun telah menjemput pejuang sebenar di era penjajahan British ke negara tersebut untuk membincangkan kemerdekaan Malaya dan Indonesia. Dr Buhanuddin, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakub dan pemimpin Indonesia yang diketuai oleh Sukarno telah berlepas ke Jepun untuk merundingkan kemerdekaan dua Gugusan Tanah Melayu Raya. Sukarno sempat mengistyihar kemerdekaan Indonesia tetapi Tanah Melayu tidak sempat diisytihar merdeka kerana kekalahan Jepun kepada tentera berikat. Selepas Jepun kalah, komunis mengambil alih pemerintahan Malaya sebelum kedatangan semula penjajah British kembali menjajah Malaya dengan sokongan para pemimpin Umno/BN.

Haji Abdul Rahman Limbong yang terpaksa menghabiskan usianya di Mekah. Beliau telah dibuang negeri oleh penjajah British kerana perjuangannya untuk Islam. Di mana perginya pemimpin sekular Umno/BN ketika itu?. Ooooppppp lupa, Umno/BN celaka belum diperanakkan lagi oleh British.

Ahmad Boestaman

Biar sebanyak mana pun penipuan yang dilakukan oleh pemimpin Umno/BN yang menjadi anak emas penjajah British, ia akan tetap terbongkar. Bagi kita, memang sudah lama kita menganggap Dr Burhanuddin, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaacob, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Abdullah C.D, Ustaz Abu Bakar Baqir, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan semua yang menentang penjajahan British adalah wira sebenar. Dan para barua British yang terdiri daripada pemimpin Umno/BN itu adalah pengkhianat bangsa dan agama.



SELAMAT MEMBACA UTK ANAK2 MUDA YG MENCARI KEBENARAN..
UNTUK KITA SAMA SAMA CARI MENCARI SATU TITIK PERTEMUAN..
PERSAMAAN ANTARA KITA.. BUKAN PERBEZAAN ANTARA KITA..
KITA PERLU BERSATU MENJADI SEBAHAGIAN LEMBARAN SEJARAH ITU..


Bukan tujuan untuk berpolitik melalui petikan ini, akan tetapi merasakan banyak perkara yang bersangkutan dengan sejarah Semenanjong Melaka, kemudiannya ditukar kepada Semenanjong Tanah Melayu, yang terdiri dari pelbagai rumpun dan telah di'melayu'kan oleh penjajah Inggeris perlu dilihat dan dikaji semula, bukan setakat zaman kemerdekaan sahaja malah jauh lebih awal dari itu.

Solawat plz!!!!


Clip Video 10 Tahun Sebelum Merdeka...


video
clip01

video
clip02

video
clip03

video
clip04