google language translate

flashVortex

Search This Blog

Tuesday, December 28, 2010

Syiah (شيعة Syi'aṯ)

Syiah



Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mahzab terbesar dalam Islam selepas Sunni.Muslim Syi'ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya. Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. .Kebanyakan Sunni islam mengatakan bahawa mahzab syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam.



Aliran Syiah Mengikut Pandangan Sunni


Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah Ismailiyah, Zaidiyah dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.


Nasarullah dan Hizbullah...

Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan KeturunanNya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.



Sesat dan Kafirkah Mereka ini???


Imamiyyah atau Ja'fariah (شيعى) merujuk kepada satu aliran dalam Syiah yang mempercayai bahawa umat Islam wajib mengikut dua belas orang Imam, kesemuanya dari keturunan Ali bin Abi Thalib dan Rasulullah s.a.w. sendiri, yaitu menerusi anak beginda Fatimah Zahrah. Bilangan dua belas sealiran dengan hadith yang menyatakan bahwa umat Islam akan di perintah oleh 12 Khalifah selepas Rasulullah.



Mereka dikenali juga dengan nama fahaman Isna Ashariah (Imam 12) kerana mereka menentukan 12 imam iaitu:

1. Ali bin Abu Talib
2. Hasan bin Ali
3. Husain bin Ali
4. Ali bin Husain (Zainal Abidin)
5. Muhammad bin Ali bin Hussin (Muhammad Baqir)
6. Jaafar bin Muhammad (as-Sadiq)
7. Musa bin Jaafar (al-Kazim)
8. Ali bin Musa (al-Rida)
9. Muhammad bin Ali (aljawad)
10. Ali bin Muhammad (al-Hadi)
11. Hasan bin Ali (al-Askari)
12. Muhammad bin Husain (al-Mahdi). Beliau hilang pada tahun 329 Hijrah. Pengikut Imamiah percaya beliau akan lahir menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman.


Mengikut pandangan Syiah Imamiah

Syiah Imamiyyah percaya Muhammad Rasulullah sendiri mewasiatkan kepimpinan umat Islam kepada Ali bin Abi Talib sebagai Mawla dan Amirul Mu'mineen yang mesti ditaati selepas baginda. Dengan itu, Ali bin Abi Talib dianggap oleh Syiah Imamiyyah sebagai Imam pertama umat Islam. Melalui nas-nas, Allah SWT sendiri memberi petunjuk siapakah pewaris pucuk pimpinan. Imam tidak semuanya jatuh kepada anak lelaki pertama. Dalam hal imam kedua Syiah Imamiyyah yaitu Imam Hasan bin Ali,cucu Rasulullah, ia berpindah kepada adik beliau, Hussein bin Abi Talib.

Perpecahan yang berlaku selepas kematian imam kelima Syiah Imamiyyah, Muhammad bin Ali al-Baqir, menyebabkan timbul golongan Syiah Ismailiyah yang percaya bahwa imam seterusnya ialah Ismail, anak sulung Imam Muhammad al-Baqir manakala Syiah Imamiyyah mengatakan bahwa Imam Muhammad al-Baqir diperintah Allah SWT supaya mengumumkan perlantikkan anak ketiga beliau, Jaafar sebagai imam seterusnya. Panggilan 'Ja'fariyah' adalah bersempena nama Imam Jaafar as-Sadeq yang turut diiktiraf oleh golongan umat Islam Sunni sebagai seorang yang waraq dan berilmu.

Syiah Imamiyyah percaya bahwa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia dan bumi tanpa seorang Imam. Imam kedua-belas, Muhammad bin Hassan al-Mahdi, yang dikatakan lahir pada 15 Sha'ban 255 Hijrah bersamaan 869 Masehi dianggap oleh Syiah Imamiyyah sebagai terus hidup tetapi ghaib dari pandangan mata seperti mana Nabi Khidir AS. Baik golongan Muslim Syiah mahupun Sunni percaya bahawa al-Mahdi akan muncul diakhir zaman untuk menyelamatkan manusia dari kerosakkan dan fitnah Dajjal. Umat Islam Sunni percaya bahwa al-Mahdi belum dilahirkan. Syiah Imamiyyah pula percaya dia berada disebalik tabir memenafaatkan manusia seperti matahari diselubung awan yang masih mendatangkan manafaatnya. Al-Mahdi, kata mereka akan berganding dengan Nabi Isa AS(Jesus Christ) di mana kesemua umat Islam percaya bahawa baginda(Nabi Isa) telah diangkat ke langit, dan melawan dajjal(anti-Christ)apabila baginda turun semula ke dunia pada akhir zaman nanti.



Di Malaysia, fahaman Syiah sering tersalah kerana sebahagian ulama menganggap Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba, tetapi sebenarnya ia adalah kaum Ghulat yang menggunakan nama Imam Ali untuk mendapat kepercayaaan orang-orang Arab menentang Uthman. Pada ketika itu pusat pemerintahan Ahlul Bait berada di Iraq. Maka Syiah ini dikenali sebagai Syiah Sabahiyyah yang telah difatwakan oleh Ulama Syiah Imamiyah sebagai ajaran sesat kerana telah memalukan mazhab Ahlul Bait ini sehingga sekarang.

Aliran Syiah Mengikut Pandangan Syiah



Pengertian syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:

Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".

Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".

Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAW lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAW bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW.


Tauhid Imamiah

Aqidah

5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi golongan Mazhab Syiah:

1. Tauhid - Bahawa Allah s.w.t. itu Satu

2. Adalah - Bahwaa Allah s.w.t. itu Adil

3. Qiyamah - Bahawa Allah s.w.t. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat

4. Nubuwwah - Bahawa Nabi dan Rasul yang ma'asum dilantik oleh Allah untuk mengajar dan membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul terakhir.

5. Imamah - Bahawa Allah melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam. Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul mahupun Nabi tetapi Imam.

Percanggahan dengan Sunni

Puak sunni kumpulan orang Islam yang setelah 200 tahun wafatnya Rasullah.

kajian dan penyelidikan yang niuteral sedakan syeikh alhazhar, Syaikh Mahmud Syaltut Dia telah mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu l - Islam yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina l - Madhahib al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di Kairo, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:

1. "Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu , diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....." Kemudian dia berkata lagi:"Sesungguhnya mazhab Ja'fariyyah yang dikenali dengan sebutan mazhab Syi'ah Imamiyyah Ithna Asy'ariyah adalah satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan berpegang kepada aturan-aturannya seperti juga mazhab-mazhab yang lain...." "Kaum Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri dari kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) dalam membela sesuatu mazhab tertentu tanpa berasaskan kebenaran...."

2. Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan bahawa mazhab Ahlu l-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi'ah daripada para imam Ahlu l-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah S.A.W daripada Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.

3. Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul l-Bait (isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah).

4. Banyak ayat-ayat al-Qur'an yang menolak dakwaan syiah ini akan menerangkannya kepada kalian nanti.

5. Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi S.A.W yang menunjukkan kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah. Sila lihat buku Syi'ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu' (Syi'ah dan hujah mereka tentang Tasyayyu') dan juga buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah) khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang yang insaf. Jika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.


Ayatullah Mengimami Ulama Sunni Sembahyang Berjemaah.


Perbezaan Sunni dengan Syiah (Mengikut Pandangan Mazhab Sunni)

Antara perbezaan yang boleh dilihat adalah seperti berikut:


Khalifah diwasiatkan secara nas

Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah

Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasullah

Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin

Menghalalkan nikah Muta'h yang diharamkan

Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab

Menolak Qias

Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir

Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan

Isu-isu Sunni dan Syiah (Mengikut Pandangan Syiah):

Khalifah/Imamah adalah berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.



Menerima sahabat yang baik dan menolak perlakuan sahabat yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.

Sumber perundangan Islam adalah al-0uran, Hadith dan Aqal, qias ditolak sebagaimana hukum wanita yang berada dalam keadaan haidh diharamkan melakukan solat tetapi tidak qadha solatnya tidak boleh diqiaskan dalam hukum puasa dimana wajib qadha puasanya yang tertinggal ketika haidh. Dalam al-Quran Iblis laknatullah alaihi melakukan qias asal kejadian adam dari tanah manakala Iblis dari api (mengikut Iblis) sepatutnya dia lebih mulia dari Adam tetapi mengapa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Adam. Dalam hal ini qias bukan kaedah yang benar dan tepat menentukan hukum.

Nikah Mut'ah adalah halal mengikut nas al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W dan diamalkan pada zaman Nabi S.A.W dan zaman khalifah Abu Bakar- sepertimana pengakuan sahabat Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim, " Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan muta ah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits."

Menerima hadith yang sesuai dengan Kitabullah dan menolak riwayat yang bertentangan dengan Kitabullah kerana tidak mungkin hadith Nabi S.A.W bertentangan dengan Kitabullah.

Solat jamak harus dalam semua keadaan berdasarkan riwayat contohnya dalam Sahih Muslim daripada Ibn Abbas dalam bab solat jamak. Rasulullah S.A.W menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isya tanpa ada sebab, sama ada takut, uzur (sakit) atau berpergian (musafir).

Sejarah tentang syiah di Alam Melayu.


Haji Hadi Awang bersama ulama2 syiah...

Sebenarnya, penyebaran Islam ke Alam Melayu bermula dengan orang-orang syiah. Pada masa itu, mereka terpaksa lari jauh daripada tanah mereka kerana berlakunya pembunuhan orang-orang syiah secara berleluasa.

Jadi, tujuan utama kedatangan mereka ke Alam Melayu, adalah untuk menyelamatkan diri mereka. Tetapi cara kehidupan dan ibadah mereka menarik minat orang-orang di Alam Melayu untuk mendekati mereka lalu mempelajari agama Islam.

Lama kemudian, barulah pendakwah sunni datang untuk menyebarkan ajaran Ahlus Sunnah wal Jamaah. Dan ketika itulah berlakunya konflik antara mereka, malah melibatkan institusi raja.

Apa yang ingin saya tekankan di sini janganlah kita mengkafirkan saudara-saudara syiah kita. Nenek moyang kita belum tentu keturunan sunni tetapi daripada keturunan syiah. Mereka menjadi sunni disebabkan persekitaran yang tidak kondusif untuk mengamalkan amalan syiah.

Namun harus diingatkan bahawa masih ada antara mereka yang terus berketurunan syiah. Dan mereka mengamalkan ajaran syiah sejak mereka lahir kerana mereka percaya itu Islam yang sebenar.



Apakah kita mahu membuang mereka daripada menjadi sebahagian daripada kita? Apakah mereka tidak mempunyai hak seperti orang-orang lain sedangkan orang-orang kafir di sini pun mendapat hak mereka.

Oleh itu, wajarlah mereka dibenarkan menjalani kehidupan mereka dengan aman.

Apa yang penting sekarang, jika pihak berwajib dan kita berasa ajaran sunni tergugat oleh apa yang ada dalam syiah, haruslah melakukan apa yang patut dilakukan. Tapi benarkah tergugat. Kalau tergugat, apa dia dan mengapa? Soalan ini harus kita jawab sendiri.

Tetapi di samping itu, kita wajar melakukan pendekatan berhemah dalam bermazhab. Ilmu perbandingan mazhab harus diajar di peringkat pengajian tinggi di negara kita. Ini untuk 'melayani' keperluan anak-anak muda kita (dan kita juga) yang cenderung untuk mengetahui lebih daripada apa yang sudah diketahuinya.

Jika kita tidak memulakan pendekatan berhemah begini, pada masa datang akan timbul masalah yang lebih besar andainya yang tertutup menjadi terbuka tanpa sempadan.



Kita boleh membaca Bible dan Bhagavadgita untuk pengetahuan. Jadi, mengapa kita tidak boleh membaca al-Kulaini atau Nahjul Balaghah, misalnya? Kita boleh membaca Plato dan Aristotle, mengapa kita tidak boleh membaca Muthahhari dan Mulla Sadra?


Saya harap catatan saya ini membuka sedikit fikiran sesiapa yang membacanya. Ilmu itu tiada sempadan, baik daripada yang kafir, baik daripada yang Islam. Dan yang Islam itu lebih utama, walaupun daripada mazhab yang tidak sama dengan kita.

Mudah-mudahan semua kita menjadi orang yang bijak menggunakan akal dan hikmah.



Solawat!!!

3 comments:

  1. Assallamu'alaykassallam wa rahmatullah ya ahluddunyaa , Pembetulan tentang akidah number 2. Adilah - Bahwaa Allah s.w.t. itu Adil, maka sila betulkan perkataan anda seandainya anda benar-benar menyintai Ahla bayt a.s. sila ubah , klu diikutkan adalah dengan adilah berlainan ertinya ........dan juga erti syiah bermaksud pengikut ,kumpulan n golongan tapi secara pratikal nya Syiah hanya di labelkan sebagai pengikut imam 12 ....skian wassallam wa rahmah...

    ReplyDelete
  2. syiah memang terbaik,,,,selepas membaca buku syiah ternyata pendapat dan hujah syiah tidak mampu ditandingi oleh mana mana mahzab sehingga hari ini,,,agama suci muhamad tidak akan mampu di rosakan oleh pengila kuasa yg zalim,,setelah bertahun mempelajari ajaran suci ahlulbayt rasul ini akhirnya aku membuat keputusan mengikut ahlulbayt rasul yg allah sucikan tidak mungkin sama dengan agama yg di bawa oleh orang awam dan berceramuk juga kadang melucukan,,utk orang yg berakal pasti mereka mencari keredhaan allah dengan mengikut jalur muhamad saw yg allah sucikan,,,,meningalkan mereka itu sebenarnya malapetaka bagi umat,

    ReplyDelete
  3. Solawat ...
    Sila follow blog pecinta ahlul bait a.s + http://musamahmudzaim.blogspot.com/

    ReplyDelete