google language translate

flashVortex

Search This Blog

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Lahir Batin...




ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WALILLAHIL HAMD



Mulakan dengan bersolawat!!!
Semoga selamat di dalam perjalanan ke destinasi...
Maaf zahir dan batin daripada saya dan
Salam Eid Ul Fitri untuk semua...

Solawat!!!

Wednesday, September 1, 2010

Al- Ja'fari

Al- Ja'fari : Mereka Menjunjung
Al-Quran di Malam Laylatul Qadar



Saya mendapati pandangan mazhab Ja'fari adalah paling jelas dalam memperihalkan persoalan lailatul qadar. Ramai dalam kalangan kita mencari-cari lailatul qadar. Rupa-rupanya mazhab ahlul bait telah menggariskan malam agung ini dengan begitu jelas untuk diusahakan sekian manfaatnya.




Imam Jaafar As-Sadiq berkata: Pada malam ke sembilan belas Allah mempertemukan dua hal, di malam ke dua puluh satu Allah menjelaskan setiap persoalan yang bijaksana, dan di malam dua puluh tiga Allah menetapkan apa yang dikehendaki-Nya, malam itu adalah malam Al-Qadar yang oleh Allah Azza wa Jalla dinyatakan lebih baik dari seribu bulan.”



Ishaq, murid dan sahabat Imam Sadiq bertanya: Apa yang dimaksud dengan pertemuan dua hal?

Baginda menjawab: “Pada malam itu Allah menghimpun apa yang dikehendaki tentang sesuatu yang didahulukan dan yang ditunda, kehendak-Nya dan ketetapan-Nya.”

Ishaq bertanya lagi: Apa yang dimaksud dengan Allah menetapkan persoalan pada malam ke dua puluh tiga?

Imam menjawab: “Sesungguhnya Allah swt memperjelas dan menimbang-nimbang persoalan pada malam ke dua puluh satu, pada malam ini masih terdapat bada’ (perubahan), sedangkan pada malam ke dua puluh tiga Allah swt menetapkannya sehingga menjadi mahtum (pasti) iaitu Allah swt tidak melakukan perubahan di dalamnya.”



Saya dapati ilmu baharu ini sangat menarik. Sebagai pencinta ilmu, mencari 'kebenaran' tentang setiap satu persoalan yang ada dalam agama kita amat mengujakan. Dan saya dapati mazhab Jafari amat terkehadapan dalam hal-hal 'misterius' begini. Ini pasti kerana mazhab mazhlul bait adalah mazhab keluarga Rasulullah saw. Dan Nabi Muhammad saw sendiri sudah berpesan supaya kita umat Islam jika inginkan keselamatan eloklah berpegang kepada ahlul bait. Tidaklah menghairankan mazhab ahlul bait mempunyai segala jawapan.



Aduh, sayang (baca: malang) sekali bila ketinggalan.

Pautan dari Faizal Tehrani

Solawat!!!